00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa. Operasi mencari dan menyelamat sah mangsa tanah runtuh di kampung Pasir Langu di Bandung Barat diteruskan selama tujuh hari bermula semalam.
00:13Ketua Agensi Pencarian dan Pertolongan Basanas Indonesia, Masdia TNI Muhammad Syafiee memaklumkan lanjutan tersebut dibuat susulan mengambil kira faktor keadaan cuaca tidak menentu dalam meneruskan operasi pencarian mangsa yang tertimbus.
00:28Katanya setakat hari ketujuh operasi iaitu semalam, pasukan SA gabungan telah menemukan 60 mangsa manakala dianggarkan sekitar 20 lagi mangsa belum dijumpai.
00:39Jelas Syafiee, operasi pencarian berdepan cabaran besar ekoran keadaan cuaca tidak menentu termasuk hujan ringan hingga sederhana serta jarak penglihatan terhad akibat kabus.
00:51Situasi itu memaksa operasi pasukannya dijalankan secara berperingkat dan mengikut syarat keselamatan ketat.
00:59Beliau turut memaklumkan kesemua mangsa yang ditemui akan diserahkan kepada pasukan Disaster Victim Identification DVI untuk proses pengecaman.
01:09Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments