00:00Keadaan terkini musim sejuk di Senanjung Gaza semakin mengancam nyawa dengan 11 kanak-kanak dilaporkan maut akibat hipotermia.
00:09Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Farhan Haq sekali lagi menggesa agar sekatan Israel terhadap operasi kemanusiaan ditamatkan dengan segera.
00:20Menurut Farhan, merujuk Pejabat Penyelarasan Hal Ewal Kemanusiaan, OCHA, keluarga-keluarga di Gaza terus berdepan keadaan musim sejuk yang amat buruk.
00:32Pada selasa lalu, seorang lagi kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11 kematian sejak musim sejuk bermula.
00:44Jelas Farhan, PBB dan rakan-rakan kemanusiaan di bawah payung PBB telah mengagihkan puluhan ribu kema dan ini bagi menyediakan pelindungan kepada lebih setengah juta penduduk.
00:56Namun begitu menurut beliau, pelindungan kema adalah sangat terhad terutamanya ketika musim sejuk dan PBB terus menggesa penyediaan penyelesaian tempat pelindungan yang lebih kukuh agar penduduk tidak bergantung sepenuhnya kepada kema.
01:10Farhan turut memberi amaran akses kepada makanan masih rapuh walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam penggunaan makanan pada bulan ini.
01:20Tegasnya kemasukan bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial perlu diteruskan serta dipelbagaikan.
01:26Sementara itu beliau turut menyatakan bahawa PBB ketika ini sedang berusaha menangani masalah kekurangan zat makanan dengan perkhidmatan kemanusiaan diperluas melalui puluhan fasiliti baharu sejak gencata-senjata diumumkan.
01:40Sehubungan itu PBB sekali lagi mengulangi gesaan supaya semua sekatan terhadap operasi kemanusiaan dihentikan termasuk larangan berterusan terhadap UNRWA.
01:54Tegasnya lagi semua rakan kemanusiaan PBB mesti dibenarkan beroperasi tanpa halangan di seluruh Gaza dan Tebing Barat termasuk Baitul Makdi Setimur.
Comments