Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran bahawa organisasi itu berdepan risiko “keruntuhan kewangan yang hampir berlaku” susulan kegagalan negara anggota menjelaskan yuran serta peraturan bajet yang memaksa PBB memulangkan semula dana tidak dibelanjakan, menurut sepucuk surat yang dilihat Reuters bertarikh 30 Januari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Setiap Usaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Antonio Guterres memberi amaran bahawa organisasi itu berdepan risiko keruntuhan kewangan yang hampir berlaku.
00:11Ini sesulan kegagalan negara anggota menjelaskan yuran serta peraturan bajet yang memaksa PBB memulangkan semula dana tidak dibelanjakan.
00:22Amaran itu disifatkan sebagai yang paling keras pernah dikeluarkan Guterres berhubung krisis kecairan PBB.
00:30Dalam surat bertarikh 28 Januari kepada para duta, Guterres berkata krisis kewangan PBB semakin meruncing sehingga mengancam pelaksanaan program dan meletakkan organisasi itu di ambang kegagalan kewangan.
00:44Beliau memberi amaran keadaan tersebut dijangka menjadi lebih buruk dalam masa terdekat.
00:49Amerika Syarikat sebelum ini dilaporkan memotong dana sukarela kepada beberapa agensi PBB serta enggan membuat bayaran mandateri kepada bajet operasi dan misi pengaman organisasi itu.
01:02Ditubuhkan pada 1945, PBB mempunyai 193 negara anggota dan berperanan mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, mempromosikan hak asasi manusia, menggalakkan pembangunan sosial serta ekonomi selain menyelaras bantuan kemanusiaan.
01:20Dalam surat berkenaan, Guterres turut memaklumkan bahawa keputusan untuk tidak melunaskan sumbangan mandateri yang membiayai sebagian besar bajet teras PBB telah diumumkan secara rasmi namun beliau tidak menyatakan negara terlibat.
01:36Mengikut peraturan PBB, kadar sumbangan ditentukan berdasarkan saiz ekonomi setiap negara anggota dengan Amerika Syarikat menyumbang 22% daripada bajet teras diikuti Cina sebanyak 20%.
01:50Namun sehingga akhir 2025, tunggakan bayaran mencecah paras tertinggi iaitu $1.57 bilion.
Comments

Recommended