00:00Seterusnya seorang wanita warga emas berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan melecur hampir seluruh badan akibat letupan tong gas di sebuah rumah dua tingkat di Taman Kledang Emas di Ipoh pada awal pagi Jumaat.
00:14Ketua Polis Daerah Ipoh, SCP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menimpa mangsa berusia 63 tahun itu pada pukul 4.57 pagi.
00:30Beliau berkata hasil temu bual dengan salah seorang anak perempuan mangsa mendapati wanita itu terhidu bau gas yang kuat dan mengesyaki kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini sebelum mengejutkan ibu serta adik perempuannya untuk keluar dari rumah bagi mengelakkan sebarang insiden.
00:48Bagaimanapun, ketika hendak keluar dari rumah, mangsa dilaporkan ke dapur untuk menutup pembuka tong gas berkenaan sebelum satu letupan berlaku secara tiba-tiba.
00:58Keadaan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan hampir seluruh anggota badan.
01:06Abang Zainal Abidin berkata kedua-dua anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala suami mangsa berada di luar ketika kejadian berlaku.
01:15Beliau berkata mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi ICU Hospital Raja Pemaisuri Bainun di Ipoh.
Comments