Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam untuk mengenakan tarif tambahan terhadap negara-negara yang menjual atau membekalkan minyak kepada Cuba menerusi satu perintah eksekutif yang ditandatangani pada Khamis.
Transcript
00:01Presiden AS Donald Trump menandatangani satu perintah eksekutif yang mengancam untuk mengenakan tarif ke atas negara-negara yang menjual atau membekalkan minyak kepada Cuba.
00:13Perintah itu ditandatangani di bawah penyisytiharan darurat nasional dan memberi kebenaran kepada kerajaan AS mengenakan duti tambahan ke atas barangan import daripada negara terlibat.
00:25Menerusi perintah tersebut, kadar duti ad valorem tambahan boleh dikenakan ke atas barangan yang diimport ke AS daripada mana-mana negara yang secara langsung atau tidak langsung menjual atau membekalkan minyak kepada Cuba.
00:42Perintah itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam pada Jumaat dan menetapkan tarif minyak sebagai minyak mentah atau produk petrolium.
00:50Setiausaha perdagangan diberi kuasa untuk menentukan sama ada sesebuah negara asing terlibat dalam penjualan atau pembekalan minyak kepada Cuba selain mengeluarkan peraturan bagi menguatkuasakan perintah tersebut.
01:02Sementara itu, setiausaha negara akan menilai penemuan tersebut dan menentukan sama ada serta sejauh mana duti tambahan perlu dikenakan sebelum sur dikemukakan kepada Presiden.
01:12Trump berkata dasar, amalan dan tindakan Cuba disifatkan sebagai satu ancaman luar biasa dan di luar norma terhadap keselamatan negara serta dasar luar AS.
Comments

Recommended