Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan berunsur fitnah yang tular menerusi platform TikTok menerusi satu akaun, yang menuduh agensi itu mengeluarkan “saman palsu”.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Suruan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menafikan dawaan berunsur fitnah yang tular menerusi platform TikTok, menerusi satu akaun yang menuduh agensi itu mengeluarkan saman palsu.
00:13SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, hantaran berkenaan menggandungi tomahan tidak benar, mengelirukan serta berpotensi menjejaskan kredibiliti dan reputasi, Suruan Jaya itu sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang.
00:30Menurut kenyataan itu, hantaran berkenaan antara lain menuduh bahawa satu saman palsu telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabulkannya sebagai skam atau penipuan.
00:41SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta merta.
00:50Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan itu, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi SPRM.
00:58Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memaklumkan pihaknya telah memperoleh izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap individu berkenaan dengan pertuduhan dijadwalkan pada 5 Februari ini melibatkan dawaan rasuah berkaitan aktiviti kaunter setting atau caturan kaunter imigresin.
01:17SPRM turut menegaskan, semua siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau berunsur fitnah.
01:30PEMBICARA 1
01:32PEMBICARA 1
Comments

Recommended