00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa. Parti politik yang disokong tentera Myanmar mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum tiga fasa negara itu.
00:10Ini sekaligus mengesahkan keputusan yang telah lama dijangka, susulan proses pengundian yang dikawal ketat ketika negara itu terus bergolak akibat Perang Saudara dan penindasan meluas.
00:22Pusingan akhir pengundian yang berlangsung pada akhir Januari menutup tirai pilihan raya yang bermula pada 28 Disember lalu.
00:31Lebih empat tahun selepas tentera merampas kuasa melalui rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan dipilih rakyat pimpinan penerima hadiah keamanan Nobel Aung San Suu Kyi.
00:41Parti Unit Solidarity and Development Party, USDP, mendominasi kesemua fasa pengundian dengan memenangi majoriti besar di kedua-dua Dewan Perundangan Myanmar.
00:51Parti itu meraih 232 daripada 263 kerusi yang dipertandingkan di Dewan Rendah serta 109 daripada 157 kerusi yang diumumkan setakat ini di Dewan Tinggi.
01:04Parlimen Myanmar dijangka bersidang pada Mac bagi memilih Presiden dengan kerajaan baru di jodohan mengambil alih pentadbiran pada April.
01:12Namun proses pilihan raya itu menerima kritikan hebat daripada masyarakat antarabangsa.
01:16Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, Asia menyatakan ia tidak akan mengiktiraf proses berkenaan
01:21manakala pertubuhan hak asasi manusia serta beberapa negara barat menyifatkan pilihan raya itu sebagai satu sandiwara.
Comments