00:00Kerajaan bersetuju untuk tidak melaksanakan ujian diagnostik khas kemasukan ke darjah 1 bagi murid 6 tahun bagi mengelakkan bebanan selain mempermudahkan pelaksanaan sistem pendidikan.
00:20Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak selain memberi keutamaan kepada pemantauan berterusan terhadap perkembangan murid melalui peranan guru dan ibu bapa.
00:34Tujuan kita adalah untuk memastikan anak-anak kita punyai ruang pembelajaran sebaik mungkin.
00:44Tak payahlah jauh sangat. Tikus makmal ini dia very elaborate proses. Dia ada ujian dan sebagainya. Ini tidak. Kita semua pelajar yang cukup umur 6 tahun masuk sekolah.
01:01Dan isu dia adakah kemudahan disediakan? Kemudahan disediakan. Ada guru? Guru disediakan. Nak kata sempurna semua mungkin tidak.
01:14Jadi saya tidak fikir kita jauh sangat. Kita negara kita ini, kekak atau panjang, tak boleh ketinggalan.
01:23Anwar berkata demikian ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
01:28Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq memaklumkan ujian saringan diagnostik khas akan digunakan bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki tahun 1 seawal umur 6 tahun mulai sesi persekolahan 2027.
01:41Beliau berkata hanya murid yang layak dan berjaya melepasi kriteria ditetapkan setelah menduduki ujian diagnostik itu akan dipilih untuk kemasukan berkenaan.
01:50Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan pelaksanaan ujian penilaian darjah 4 membolehkan pihak berkepentingan mempunyai tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun untuk melakukan penambahbaikan sebelum murid melangkah ke tingkatan 1.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments