Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ribut musim sejuk melampau yang melanda sebahagian besar Amerika Utara menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kematian,
Transcript
00:00Ribut musim sejuk melampau yang melanda sebahagian besar Amerika Utara menyebabkan sekurang-kurangnya 11 kematian.
00:07Laporan media USA Today yang memetik pihak berkuasa tempatan menyebut sekurang-kurangnya 13 kematian dicatat di 5 negeri di Amerika Syarikat.
00:15Manakala penyiasi CNN pula melaporkan sekurang-kurangnya 11 kematian.
00:21Perbezaan jumlah kematian dalam laporan media bergantung kepada sejauh mana kematian itu dikaitkan dengan keadaan cuaca.
00:30Datuk Bandar New York Zohran Mamdani berkata 5 orang yang ditemukan mati di luar rumah sepanjang hujung minggu disyaki akibat membeku sehingga mati.
00:39Namun punca rasmi kematian masih belum ditentukan.
00:43Menurut pihak berkuasa, kematian akibat hipotermia juga dianggap kemungkinan berlaku dalam kes 3 mangsa di negeri Kansas, Michigan dan Texas.
00:52Pada ahad, 2 orang dilaporkan meninggal akibat hipotermia di Cardo Parish, Louisiana.
01:00Terdapat juga kematian berkaitan nahas jalan raya serius akibat keadaan berais.
01:05Termasuk sekurang-kurangnya 2 orang di negeri selatan, Tennessee dan Texas.
01:09Di Tennessee, pihak berkuasa melaporkan jumlah 3 kematian berkaitan cuaca walaupun tidak jelas berapa ramai daripadanya berpunca akibat nahas jalan raya.
01:20USA Today menyenaraikan seorang remaja berusia 17 tahun di Arkansas antara mangsa ribut musim sejuk.
01:26Remaja itu yang berada di atas andur salji ditarik oleh kenderaan lasak, telanggar pokok sekaligus menemui ajal di tempat kejadian.
Comments

Recommended