00:00Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis meluluskan rang undang-undang RUU yang melarang kanak-kanak di bawah usia 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial.
00:10Ia adalah satu langkah tegas yang bertujuan melindungi golongan muda daripada kesan negatif dunia digital.
00:17RUU itu diluluskan selepas berbahasan hangat dalam kalangan ahli parlimen dengan penyokongnya berhujah bahawa pendedahan awal kepada media sosial
00:25menyumbang kepada masalah kesihatan mental, buli saiber, ketagihan skrin dan penyebaran kandungan berbahaya dalam kalangan remaja.
00:34Di bawah peraturan baru itu, platform media sosial akan diwajibkan mengesahkan umur pengguna dan menghalang akses kepada mereka yang berusia di bawah 15 tahun kecuali dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
00:46Syarikat teknologi yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan denda yang tinggi.
00:50Kerajaan Perancis menyatakan langkah itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas untuk memperkukuh keselamatan kanak-kanak dalam talian
00:57sambil menegaskan bahawa tanggungjawab melindungi golongan muda tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada keluarga semata-mata.
01:04Bagaimanapun, pengkritik menyerahkan kebimbangan mengenai isu privasi dan keberkesanan pengguna kosaan
01:09termasuk bagaimana pengesahan umur akan dilaksanakan tanpa mengumpul data peribadi secara berlebihan.
01:15Presiden Perancis Emmanuel Macron yifakkannya sebagai langkah penting untuk melindungi kanak-kanak dan remaja di negara itu.
01:21Perancis menyertai beberapa negara lain di Eropah yang sedang mempertimbangkan atau melaksanakan peraturan lebih ketat
01:27terhadap penggunaan media sosial oleh kanak-kanak ketika kebimbangan terhadap kesan teknologi digital
01:32terhadap perkembangan mental dan emosi remaja terus meningkat.
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments