00:00Universiti Utara Malaysia UUM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN Kedah meneroka kerjasama strategik, merangkumi bidang akademik, latihan serta pembangunan bakat dalam percukaian.
00:11Kunjungan hormat delegasi LHDN Kedah yang diketuai pengarah negeri Nur Azam Muhammad disambut naib Chancellor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadam Muhammad di Sintok.
00:21Pertemuan itu memfokuskan kepada cadangan kolaborasi antara Tunku Puteri Intan Safina School of Accountancy atau TISA UUM dan Akademi Percukaian Malaysia termasuk pembangunan program latihan profesional dan peningkatan kompetensi dalam perakaunan dan percukaian.
00:38Ahmad Martadam berkata program perakaunan UUM merupakan antara yang terbaik di universiti itu dan graduannya berpotensi menjadi sumber tenaga mahir kepada LHDN.
00:49Kerjasama turut merangkumi penyediaan latihan industri bagi pelajar TISA UUM di LHDN bagi memberi pendedahan awal kepada pengalaman kerja sebenar dan amalan profesional.
00:59Kedua-dua pihak juga membincangkan penganjuran program sukan bersama sebagai usaha mengeratkan hubungan institusi selain cadangan seminar bersama berkaitan isu semasa percukaian yang melibatkan akademia dan industri.
01:11Sementara itu pengarah negeri LHDN Kedah Nur Azam menzahirkan kesediaan LHDN untuk memberikan khidmat nasihat dan konsultasi percukaian kepada UUM selain memanfaatkan kepakaran akademik universiti itu dalam pembangunan modul latihan di Akademi Percukaian Malaysia.
01:27Pertemuan tersebut menandakan usaha awal ke arah kerjasama lebih menyeluruh antara UUM dan LHDN yang dijangka memanfaatkan pembangunan modal insan serta pengukuhan amalan percukaian negara.
01:38Terima kasih kerana menonton!
Comments