Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Cisarua, Bandung Barat, Jawa Barat, meningkat kepada 34 orang sehingga semalam, ketika pasukan penyelamat Indonesia mempergiat usaha mencari puluhan lagi mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah lumpur tebal dan runtuhan.
Transcript
00:00Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Cisarwa, Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 34 orang sehingga Isnin.
00:09Ketika ini, pasukan penyelamat Indonesia terus memperkiat usaha mencari puluhan lagi bangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah lumpur tebal dan runtuhan.
00:19Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Bandung, Adil Dian Permana berkata sembilan mayat lagi ditemukan setakat jam lima petang waktu tempatan.
00:28Berdasarkan data daripada pentadbiran kampung tempatan, beliau berkata dianggarkan seramai 46 orang lagi masih tertimbus di lokasi kejadian.
00:38Daripada keseluruhan 34 mayat yang ditemukan setakat ini, 17 sudah dikenalpasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.
00:47Manakala pasukan forensik sedang meneruskan prosedur pengecaman bagi baki mangsa yang lain.
00:53Kejadian tanah runtuh pada Sabtu lalu berpunca daripada hujan lebat selama dua malam bertulut-turut yang menyebabkan ceroncuram di kawasan pergunungan Sisa Ruah menjadi tepu dengan air.
01:05Runtuhan tanah, batu dan pokok yang tumbang itu meranapkan kawasan kediaman, ladang serta kawasan hutan.
01:12Pihak berkuasa memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat akan dinilai selepas tujuh hari.
01:19Manakala tempoh tindak balas kecemasan selama 14 hari kekal dikuatkuasakan.
01:25Indonesia kerap dilanda banjir dan tanah runtuh semasa musim hujan yang lazimnya bermula dari Oktober hingga Mac.
01:32Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended