00:00Pentadbiran Venezuela yang diketuai Presiden Interim, Delcy Rodriguez, menerima pujian daripada Presiden Donald Trump sesulan pembebasan tahanan politik di negara itu.
00:10Menerusi hantaran di akaun truf sosial Trump, beliau menjangkakan pembebasan terus meningkat dalam masa terdekat sambil menyifatkan tindakan Delcy itu sebagai isyarat kemanusiaan yang besar.
00:20Trump dalam hantaran itu turut memuji tindakan pantas pentadbiran Delcy sambil mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Venezuela di atas tindakan tersebut.
00:32Menurut kumpulan hak asasi Foro Penal, sebanyak 151 tahanan politik telah dibebaskan setakat ini di Venezuela.
00:41Namun organisasi hak asasi manusia menganggarkan masih terdapat kira-kira 770 individu yang ditahan atas alasan politik.
00:50Sementara pihak berkuasa Venezuela menegaskan kesemua mereka ditahan kerana melanggar undang-undang.
00:57Perkembangan pembebasan tahanan politik itu berlaku pasca penahanan Presiden Nicolás Maduro pada 3 Januari di Caracas sebelum beliau dihadapkan ke mahkamah di New York atas tuduhan keganasan berkaitan narkotik.
01:10Sementara itu Venezuela juga dilaporkan mencapai persetujuan dengan Amerika Syarikat untuk menapis dan menjual sehingga 50 juta tong minyak mentah yang sebelum ini disekat di bawah rejim sekatan Washington.
01:23Selain itu langkah Trump untuk bekerjasama dengan Rodriguez dan sekutu Maduro berbanding menekan proses peralihan kuasa menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pihak pembangkang Venezuela
01:34yang mendakwa bahawa Maduro merampas kemenangan calon mereka Gonzalez dalam pilihan raya Presiden 2024.
01:42Plompat
Comments