00:00Bertemu kembali dalam laporan antarabangsa, Kementerian Kesihatan Awam Thailand sahkan tiada kes penyakit virus nipah pernah direkodkan di negara itu walaupun timbul kebimbangan susulan penularan wabak berkenaan di luar negara baru-baru ini.
00:15Timbalan Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Dr. Sofon Iyam Siritawan berkata penyakit itu kekal diklasifikasikan sebagai satu daripada 13 penyakit berjangkit berbahaya di bawah Akta Penyakit Berjangkit BE-2558-2015 tanpa sebarang perubahan kepada status Thailand.
00:37Katanya kebimbangan itu berpunca daripada penularan wabak di luar negara terutamanya di Bangladesh dan negeri West Bengal di India.
00:45Beliau berkata walaupun kawasan berkenaan terletak jauh dari segi geografi dengan Thailand, pemantauan rapi adalah perlu memandangkan terdapat penerbangan terus ke lapangan terbang Subhanabum, Don Muang dan Phuket.
00:58Jabatan Kawalan Penyakit CDC telah memulakan saringan bersasar terhadap pengembara dari kawasan terjejas yang menaiki penerbangan terus sejak hujung minggu lepas.
01:07Setakat ini tiada jangkitan dikesan namun pengembara yang menunjukkan gecala konsisten dengan kes disyaki seperti demam atau simptom penafasan
01:16serta mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan wabak dalam tempoh 21 hari akan segera menjalani siasatan epidemiologi dan ujian makmat.
01:24Selain itu, Dr. Sofon berkata Thailand bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas dan terus memantau perkembangan di luar negara.
Comments