Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sistem Lorong Hijau yang ditambah baik mula dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 bermula hari ini sebagai langkah mengurangkan kesesakan di kawasan pelepasan kastam bagi penumpang antarabangsa.
Transcript
00:00Sistem lorong hijau yang ditambah baik diperkenalkan di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA bermula pada Isnen bagi mengurangkan kesesakan di kawasan pelepasan kastam penumpang antarabangsa.
00:13Menteri Pengangkutan Anthony Luke berkata, sebelum ini proses pemeriksaan kastam menyebabkan kesesakan di kawasan tuntutan bagasi kerana penumpang antarabangsa perlu beratur dua kali iaitu sekali bagi mengambil bagasi dan sekali lagi untuk pemeriksaan kastam.
00:30Inisiatif itu dilaksanakan oleh Malaysia Airports Holding Berhad, MAHB bersama Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, AKPS serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
00:44Lorong hijau ditetapkan untuk penumpang yang tidak membawa barangan larangan atau tidak perlu membuat pengisytiharan manakala lorong merah digunakan untuk penumpang yang mempunyai barangan untuk diisytiharkan.
00:56Anthony berkata langkah itu bertujuan menguruskan aliran orang ramai dengan lebih baik di Terminal 1 yang kini mengendalikan antara 80,000 hingga 90,000 penumpang setiap hari dengan kira-kira 60% daripadanya penumpang antarabangsa.
01:12Kita memperkenalkan laluan hijau ataupun green lane untuk penumpang-penumpang antarabangsa.
01:22Yang lazimnya apabila mereka sampai di KIA selepas mereka melepasi pihak immigration dan selepas mereka mengambil bagasi masing-masing, biasanya garisannya terakhir sebelum mereka keluar ke balai ketibaan ialah melalui pihak kastam.
01:42Sebelum ini proses yang kita lakukan ialah semua akan pergi ke satu laluan, satu lane di mana biasanya kadang-kadang pihak kastam akan meminta mereka bagasi itu melepasi mesin pengimbas ataupun X-ray.
02:00Kita mendapati bahawa ada sedikit kelewatan dan menyebabkan laluan yang panjang ataupun garisan yang panjang sesak di balai ketibaan ini.
02:16Beliau menegaskan pelaksanaan lorong hijau tidak menjejaskan keselamatan negara kerana pemantauan masih dilakukan menerusi langkah penilaian risiko oleh pegawai bertugas.
02:26Sistem tersebut akan dilaksanakan secara percubaan selama sebulan sehingga 26 Februari ini.
Comments

Recommended