00:00Jurang antara prestasi ekonomi makro dan kehidupan sebenar rakyat akan semakin melebar jika isu pengangguran belia, ketidaksepadanan pekerjaan, gaji stektik dan kosar hidup tidak ditangani segera.
00:14Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Kirudin turut menyifatkan situasi ini sebagai cabaran sebenar ekonomi rakyat yang memerlukan dasar lebih berani dan bersasar.
00:30Ujarnya dalam membicarakan ekonomi rakyat, kerajaan perlu membezakan antara kekuatan ekonomi di atas kertas dan realiti yang dirasai rakyat.
00:38Mengambil contoh data oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Dossum, beliau berkata walaupun kadar pengangguran negara menurun kepada 2.9% pada November 2025, ia tidak mencerminkan keseluruhan realiti pasaran kerja.
00:54Walaupun kadar pengangguran keseluruhan menurun, pengangguran anak muda kekal tinggi iaitu lebih 3 kali ganda daripada 10.1% kepada 10.3% berbanding dengan purata nasional.
01:06Ini menunjukkan manfaat pertumbuhan ekonomi tidak dinikmati secara seimbang oleh golongan belia.
01:12Dari membimbangkan, ini adalah isu ketidakpadanan pekerjaan ataupun mismatch.
01:18Sebanyak 1.95 juta pekerja, tenaga kerja, bekerja dalam bidang yang tidak selari dengan tahap pendidikan mereka.
01:26Tuan Yang Pertua, mereka invest, laburkan, ibu ayah laburkan 20 ribu, 30 ribu, 50 ribu.
01:32Kalau di universiti swasta, lagi banyak investment kepada yuran, pengajian dan sebagainya.
01:36Tetapi akhirnya, mereka tidak bekerja dengan kelayakan yang setimpal dengan apa yang mereka telah pelajari.
01:43Beliau berkata demikian semasa perbahasan usul menjunjukkasih titah diraja yang dipertuan agung di Parlimen pada Isnin.
01:51Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan isu pemilikan rumah bagi golongan M40 serta gaji minimum RM1,700 yang dilihat tidak mencukupi ekoran harga barang yang kian mahal.
02:04Akibatnya, semakin rakyat berada dalam kategori working poor iaitu bekerja sepenuh masa tetapi tetap terhimpit dengan kesusahan.
02:13Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu seperti ini?
02:18Termasuklah isu pemilikan rumah kepada golongan M40.
02:22Apakah kerajaan untuk membuat political will untuk memastikan anak-anak muda di dalam negara kita ini mendapat rumah mampu bilik?
02:30Bukan sekadar rumah yang mampu dilihat.
Comments