00:01Amerika Syarikat dan Korea Selatan bersetuju memperhebatkan lagi kerjasama dua hala khususnya dalam menyokong usaha Seoul memperoleh kapal selam berkuasa nuklear.
00:13Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat bagi dasar Albridge Colby dan Menteri Pertahanan Korea Selatan An-Gyu Bek pada Isnin.
00:25Colby kini berada di Seoul bagi lawatan luar negara pertamanya sejak menyandang jawatan Setiausaha Rendah Pertahanan Amerika Syarikat bagi dasar.
00:35Lawatan rasmi itu dilihat sebagai langkah strategik susulan kenyataan Washington pada Jumaat yang menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan memberi peranan dan kepercayaan lebih besar kepada Korea Selatan dalam usaha mengekang ancaman Korea Utara.
00:51Dalam pada itu, kedua-dua pihak berpandangan kerjasama berkaitan kapal selam berkuasa nuklear merupakan langkah penting bagi memperkukuh keupayaan Korea Selatan memimpin pertahanan di semenanjung Korea, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan antara kedua-dua negara.
01:11Terima kasih telah menonton!
01:13Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments