00:00Angkatan Tentera Iran kini bersiap-siaga susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mendakwa Washington sedang menghantar armada laut berskala besar ke rantau itu.
00:13Tehran memberi amaran sebarang pencerobohan akan dibalas dengan tindakan ketenteraan serta merta.
00:20Anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar Iran, Muhammad Reza Mohsini Sani berkata pihaknya memantau rapat semua pergerakan yang dianggap mengancam.
00:33Tegasnya serangan balas Iran boleh menyasarkan kepentingan Amerika Syarikat di seluruh rantau termasuk di Selat Hormuz.
00:40Seorang lagi anggota Suruhanjaya berkenaan Ahmad Vahidi berkata sebarang kesilapan strategik oleh Washington akan mengundang serangan terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat dan Israel.
00:51Ketika melakukan ancaman menyerang Iran pada Khamis lalu, Trump perut menyatakan kesediaan Washington untuk berunding. Namun, pelawaan itu ditolak Iran.
01:00Ahmad Vahidi berkata Tehran tidak lagi mempercayai Washington dengan mendakwa Amerika Syarikat pernah menyerang ketika rundingan masih berlansung.
01:10Ketegangan ini berlaku ketika Iran berdepan gelombang protes dalaman sejak Disember lalu yang menurut kerajaan Iran telah dicetuskan dengan caput tangan Washington dan Tel Aviv.
01:20Pada Jun lalu, Amerika Syarikat mengebuah beberapa kemudahan nuklir Iran dalam konflik antara Israel dan Iran.
Comments