Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Malaysia mencatat kejayaan gemilang di Masters Indonesia 2026 apabila meraih tiga gelaran menerusi beregu lelaki profesional, beregu campuran dan beregu wanita di Istora Senayan, Jakarta.
Transcript
00:00Kontingen Badminton Negara mencipta kejayaan gemilang di Masters Indonesia 2026 apabila Malaysia merangkul tiga gelaran juara sekaligus melengkapkan hat-trick bersejarah di Istora Senayan, Jakarta.
00:13Kemuncak kejayaan itu dicetuskan beregu lelaki, profesional negara Goh Zifei dan Nur Izuddin Mohd Rumsani yang menamatkan kemarau kejuaraan selepas muncul juara dalam aksi final pada Ahad.
00:24Gandingan ranking kesembilan dunia itu menampilkan permainan berkualiti tinggi untuk menundukkan pasangan tuan rumah Raymond Indra dan Nikolaus Joaquin dengan keputusan 21.19, 21.13 dalam tempoh 37 minit.
00:39Kemenangan itu menamatkan penantian sejak kejuaraan terakhir mereka di Terbuka India pada Januari tahun lalu.
00:45Kejayaan tersebut turut melengkapkan gelaran hat-trick buat Malaysia selepas bergu campuran negara Chen Tangji dan Toh Yi Wei muncul sebagai juara dalam aksi final.
00:56Pasangan pilihan ketiga itu bangkit selepas tewas set pertama untuk menundukkan gandingan Denmark, Matthias Christiansen dan Alexandra Boyer,
01:0415.21, 21.17, 21.11 dalam perlawanan selama 57 minit.
01:11Sentuhan emas Malaysia dilengkapkan menerusi bergu wanita apabila perlitan dan M. Tinah didobatkan sebagai juara selepas pasangan Jepun Arisa Igarashi dan Miyu Takahashi menarik diri daripada perlawanan akhir.
01:24Keputusan itu menyaksikan perlitinah muncul sebagai bergu wanita Malaysia pertama menjorai kejohanan berkenaan dalam tempoh 15 tahun.
Comments

Recommended