00:00Kemajuan negara dalam pelbagai bidang termasuk digital, teknologi dan kecerdasan buatan AI tidak sewajarnya menjadi sebab untuk rakyat mengabaikan jati diri terutama dalam kalangan orang Melayu.
00:13Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan akan sentiasa memastikan perkembangan pesat negara bergerak seiring dengan kekuatan nilai serta budaya yang menjadi akar kepada pembentukan negara.
00:26Kita akan terus bekerja memastikan negara ini, Malaysia, muncul sebagai negara yang hebat dan berjaya di rantau Asia.
00:39Tetapi, kita tidak mahu negara ini berakar ke bumi.
00:47Orang-orang Melayu tidak hilang jati diri.
00:50Nak angkat martabat, harakat, darajat bangsa dengan menimba yang baru, ilmu yang baru tetapi nasib berakar kepada sejarah bangsa termasuk seni silat yang anak-anak harus berkasakan.
01:08Dalam perkembangan sama, Anwar menyatakan seni persilatan bukan saja mampu melahirkan pendekar yang tangkas serta handal tetapi turut mempunyai akhlak yang mulia.
01:19Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara 2026 di Majlis Pembandaran Sungai Petani pada Sabtu malam.
Comments