Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Lebih 2.5 juta orang dijangka mengunjungi Batu Caves sempena sambutan Thaipusam tahun ini, meningkat berbanding tahun lepas berikutan hujung minggu dan cuti umum yang panjang.
Transcript
00:00Lebih 2.5 juta orang dijangka mengunjungi Batu Keves sempena sambutan Taipusam tahun ini, meningkat berbanding tahun lepas berikutan hujung minggu dan cuti umum yang panjang.
00:11Pemegang Amanah Kuil Seri Mahamaryaman, Devas Tanam, Dato' N. Sivakuma berkata, jumlah itu meliputi penganut Hindu, pelancong dari dalam dan luar negara dan pelawat awam yang hadir ke kawasan Batu Keves sepanjang tempoh sambutan.
00:24Katanya kepada bernama, tahun lepas kehadiran mencecah 2.5 juta orang dalam tempoh 4 hingga 7 hari.
00:33Tahun ini, pihak pengurusan Kuil menjangkakan jumlah yang lebih tinggi berikutan cuti umum panjang.
00:40Taipusam pada tahun ini jatuh pada 1 Februari yang juga hari wilayah persekutuan.
00:45Beliau berkata pihak pengurusan Kuil memberikan tumpuan khusus kepada aspek keselamatan dan kebersihan
00:51bagi memastikan kelancaran sambutan selaras dengan status Tahun Melawat Malaysia 2026.
00:58Sivakuma berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia PDRM
01:02yang akan mengendalikan sepenuhnya aspek keselamatan termasuk pengawalan perharakan serta pergerakan pengunjung.
01:09Mengenai isu kebersihan, beliau berkata pengurusan menekankan kepentingan kesedaran dalam kalangan pengunjung
01:15terutama pembuangan sampah dan pengurusan kasut yang menjadi masalah berulang.
01:20Tahun lepas katanya, hampir tiga tan kasut terpaksa dilupuskan.
01:25Beliau berkata pihaknya memahami keperluan penganut untuk menanggalkan kasut ketika beribadat
01:30namun pengunjung digalakkan menyimpan kasut di dalam kenderaan
01:34atau menggunakan beg kain bagi mengurangkan lambatkan sampah.
01:38Selain itu, beliau berkata kerja-kerja menaik taraf patung Dewa Murugan
01:42yang kini berusia 20 tahun telah siap dilaksanakan dengan penambahbaikan sistem pencahayaan
01:48dan penyelaranggaan seterusnya menjadi antara tarikan utama sambutan tahun ini.
Comments

Recommended