00:00Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun mengalami kerugian RM91,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Kucing, ACP Alexan Nagachabu, berdasarkan laporan pada 11 Januari lalu semasa berada di rumah,
00:17mangsa telah ditawarkan satu pelaburan MGM melalui aplikasi Telegram oleh individu yang tidak dikenali yang menjanjikan keuntungan lumayan.
00:25Katanya mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya diarahkan membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan.
00:32Seterusnya, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran ke dalam lima akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,000.
00:40Alexan berkata mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan tersebut berserta keuntungan yang dijanjikan.
00:48Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kandung Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 1 hingga 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Comments