Skip to playerSkip to main content
  • 37 minutes ago
Pusat pengundian di Myanmar dibuka pada Ahad bagi pusingan terakhir pilihan raya umum di negara yang dilanda konflik itu, dengan parti disokong tentera dijangka meraih kemenangan ketika ketua junta bersedia memainkan peranan politik susulan pilihan raya yang menerima kritikan meluas masyarakat antarabangsa.
Transcript
00:00Pusat pengundian di Myanmar dibuka pada ahad bagi pusingan terakhir pilihan raya umum di negara yang dilanda konflik itu.
00:07Parti disokong tentera dijangka meraih kemenangan ketika ketua junta bersedia memainkan peranan politik sesudah pilihan raya yang menerima kritikan meluas masyarakat antarabangsa.
00:19Dua fasa awal pilihan raya yang berlangsung pada 28 Disember dan 11 Januari lalu mencatat kadar keluar mengundi sekitar 55%.
00:29Ia jauh lebih rendah berbanding kira-kira 70% yang direkodkan pada pilihan raya umum 2020 dan 2015.
00:37Pengundian pada ahad menyebabkan 60 pembandaran termasuk bandar utama Yangon dan Mandalay.
00:43Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB beberapa kerajaan barat serta kumpulan hak asasi mengecam pilihan raya itu sebagai satu sandiwara bagi mengekalkan cengkaman tentera terhadap kuasa.
00:55Namun junta pemerintahan berikrar akan memindahkan kuasa kepada kerajaan baru yang dijangka dibentuk pada April.
01:03Tentera Myanmar merampas kuasa pada awal pagi 1 Februari 2021 menggulingkan kerajaan awam yang dipilih rakyat pimpinan perima hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi.
01:13Ahli politik berusia 80 tahun itu kekal dalam tahanan manakala partinya Liga Kebangsaan untuk Demokrasi NLD telah dibubarkan oleh junta bersama beberapa kumpulan pembangkang lain sekaligus mewujudkan kelebihan besar kepada parti pro-tentera.
01:29Malaysia mempenguruskan ASEAN tahun lalu pada selasa memaklumkan bahawa blok serantau itu menolak tawaran Myanmar untuk menghantar pemerhati pilihan raya dan tidak akan mengiktiraf keputusan pilihan raya berkenaan.
Comments

Recommended