Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang wanita OKU penglihatan, Munairaya binti Baluan, 58 tahun, maut selepas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh rumah setinggan di Kampung Perigi, Semporna. Bomba menerima panggilan pada jam 11.12 pagi dan api berjaya dikawal sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.05 petang. Punca kebakaran masih disiasat.
Transcript
00:01Seorang wanita orang kurang upaya penglihatan maut selepas rentung dalam satu kebakaran besar yang memusnahkan tujuh rumah setinggan di Kampung Perigi Sempurna pagi Sabtu.
00:12Mangsa Mundiaraya Baluan, 58 tahun ditemui dengan dunia di dalam bilik rumah pertama yang dipercayai menjadi punca kebakaran.
00:20Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Sempurna PPGB Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.12 pagi sebelum menggerakkan sembilan anggota ke lokasi insiden yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.
00:37Bangsa wanita yang juga OKU penglihatan ditemui meninggal dunia dalam keadaan rentung di dalam bilik kediamannya selepas dipercayai terperangkap ketika api sedang marak.
00:47Pasukan bomba menggunakan dua aliran pacutan air daripada tangki jentera bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan setinggan berhampiran.
00:57Api berjaya dikawal pada 11.57 pagi manakala operasi pemadaman ditambahkan sepenuhnya pada 2.05 minit petang.
01:04Operasi turut dibantu oleh beberapa agensi termasuk polis diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, RELA, Sabah Elektriciti Sendian Berhad dan Jabatan Air.
01:15Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut dan punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan unit forensik kebakaran.
Comments

Recommended