00:00Dalam kes berasingan di Kuching, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dan merampas cecai vape disyaki mengandungi dadah bernilai RM29,700 dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Jalan Durian Burung Sabtu lalu.
00:15Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexan Nagacabu berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 10.30 malam itu menemukan sebanyak 198 kartrej cecai vape disyaki mengandungi dadah jenis ganja dengan jumlah keseluruhan 376.20 ml.
00:32Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati laki berkenaan positif dadah jenis amphetamine, metamphetamine dan ketamine selain mempunyai satu rekod jenayah lampau.
00:41Alexan berkata, suspek direman selama 3 hari bermula hari ini hingga 27 Januari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
00:52Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments