Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Lebih 4,000 penerbangan di Amerika Syarikat (AS) dibatalkan pada Sabtu susulan ancaman ribut musim sejuk berskala besar yang telah menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada lebih 130,000 pengguna, termasuk di negeri sejauh Texas, selain dijangka melumpuhkan negeri-negeri di bahagian timur negara itu dengan salji tebal.
Transcript
00:00Lebih 4,000 penerbangan di AS dibatalkan pada Sabtu susulan ancaman ribut musim sejuk berskala besar. Ia turut menyebabkan bekalan elektrik terputus kepada lebih 130,000 pengguna termasuk di negeri sejauh Texas selain dijangka menumpuhkan negeri-negeri di bahagian timur negara itu dengan salji tebal.
00:20Menurut ramalan cuaca, ribut yang membawa salji, hujan ais dan hujan beku disertai suhu sejuk melampau dijangka melanda 2 per 3 bahagian timur AS bermula ahad dan berterusan hingga minggu hadapan.
00:36Presiden Donald Trump meliruskan pengisytiharaan darurat bencana persekutuan bagi 12 negeri termasuk South Carolina, Virginia, Tennessee, Georgia, North Carolina, Maryland, Arkansas, Kentucky, Louisiana, Mississippi, Indiana dan West Virginia.
00:54Jabatan Keselamatan Dalam Negeri memaklumkan sebanyak 17 negeri serta daerah Columbia telah mengisytiharkan darurat cuaca.
01:03Setiausaha Kristi Noam berkata puluhan ribu penduduk di negeri-negeri selatan terjejas akibat gangguan bekalan elektrik dengan pasukan utiliti sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan secepat mungkin.
01:15Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika memberi amaran ribut musim sejuk kali ini adalah luar biasa dari segi keluasan dan tempohnya berpotensi menyebabkan pengumpulan ais tebal secara meluas di tenggara AS serta impak yang boleh melumpuhkan malah bersifat bencana di sesetengah kawasan.
01:35Gangguan besar turut menjejaskan operasi pernebangan dengan data flightware menunjukkan lebih 4,000 pernebangan dijadualkan pada Sabtu dibatalkan manakala lebih 9,000 pernebangan bagi Ahad turut dibatalkan.
Comments

Recommended