00:00Tujuh maut, beberapa lagi dilaporkan hilang pada Sabtu dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Jawa Barat, Indonesia.
00:07Kejadian berlaku di sebuah kampung di daerah Bandung Barat, susulan hujan lebat.
00:13Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, jumlah mangsa hilang adalah tinggi.
00:19Susulan itu, pihaknya akan cuba mengoptimumkan usaha mencari dan menyelamat.
00:24Badan Meteorologi Indonesia sebelum ini memberi amaran mengenai cuaca ekstrim.
00:30Ini termasuk hujan lebat di wilayah Jawa Barat selama seminggu bermula Jumaat.
Comments