00:00Cabaran pendigitalan di Malaysia bukan berpunca daripada kekurangan teknologi tetapi keupayaan organisasi menyesuaikan cara kerja, budaya dan tak berurus.
00:10Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Selkom DG Technologies Afizul Azhar Abdullah menegaskan bahawa transformasi digital menuntut perubahan perniagaan menyeluruh bukan sekadar pelaksanaan teknologi maklumat.
00:23Beliau berkata demikian dalam program Niaga Spotlight pada Jumaat.
00:50Selain itu, Afizul Azhar berkata syarikat juga perlu menetapkan tujuan pelaburan digital yang jelas, sama ada untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, memperkukuh kecekapan operasi atau memacu pertumbuhan hasil.
01:04Sejak sedekat lalu, dasar seperti MyDigital, rangka tindakan ekonomi digital dan pelanjawan 2026 telah digerakkan bagi memaksimumkan nilai pelaburan digital negara.
01:15Walaupun ekonomi digital Malaysia diunjurkan melebihi RM59 bilion menjelang 2026, tahap pelaksanaannya masih tidak sekata merentas sektor.
01:26Data Cisco menunjukkan hanya 13% organisasi di Malaysia benar-benar bersedia untuk melaksanakan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan AI pada skala yang lebih luas.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments