Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Syarikat penerbangan itu dijangka menjadi antara penerima manfaat utama Kempen Melawat Malaysia 2026, yang memulakan liputan dengan saranan “beli” ke atas saham tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00AASIA-X berhad berpotensi menggandakan harga sahamnya dalam tempoh 12 bulan akan datang selepas pensuturan semula selesai dan disokong oleh faktor positif industri.
00:12Menurut firma penyelidikan Hong Leong Investment Bank, syarikat penerbangan itu dijangka menjadi antara penerima manfaat utama kempen Melawat Malaysia 2026 yang memulakan liputan dengan saranan beli ke atas saham berkenaan.
00:25Hasil juga menunjukkan kestabilan dalam beberapa suku kebelakangan ini berikutan permintaan berterusan serta kekanganan kapasiti.
00:35AASIA-X dan Capital A Berhad telah menyelesaikan proses pensuturan semula yang bermula sejak pandemik COVID-19.
00:42AASIA-X baharu yang akan dinamakan semula sebagai AASIA Aviation Group akan mengendalikan 250 pesawat bagi laluan jarak dekat dan sederhana yang menghubungkan Asia, Australia dan Timur Tengah.
00:55Saham AASIA-X memulakan tahun 2026 dengan prestasi lemah selepas merosot hampir 10% tahun lalu.
01:03Namun begitu, Hong Leong Investment menetapkan harga sasaran RM3.35 menawarkan potensi kenaikan modal melebih 100% berbanding harga penutup Khamis pada RM1.66.
01:16Harga sasaran tersebut juga merupakan yang tertinggi dalam kalangan tiga firma penyelidikan yang meliputi saham ini.
01:23Selain itu, AASIA-X dijangka mendapat manfaat daripada penurunan harga bahan api jet yang berangkumi 30% hingga 40% daripada jumlah kos keseluruhan.
01:33Pengukuhan ringgit turut memberi kesan positif memandangkan 60% hingga 70% daripada jumlah kos didominasikan dalam dolar AS.
01:42Pergerakan 1 dolar AS atau RM4 satu sen dalam harga bahan api jet dijangka memberi kesan sekitar RM80 juta ke atas keuntungan.
01:53Manakala perubahan 10 sen dalam kadar ringgit berbanding dolar AS boleh menjejaskan pendapatan kekira RM280 juta.
02:02Secara keseluruhan, AASIA-X dijangka mencatat keuntungan persih sekitar RM1.5 bilion setahun bagi tahun 2026 dan 2027.
02:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended