00:00Seorang lelaki maut selepas van dinaikinya terbakar dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kampung Batu 40 Lempoh, Manong dekat Kuala Kangsa, petang Sabtu.
00:11Pemangku penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak, Shazlin Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.16 minit petang.
00:22Sejurus itu, jentera dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP Kuala Kangsa digegaskan ke lokasi kejadian.
00:28Kemalangan itu masing-masing melibatkan sebuah van Nissan Vanette, lori satutan jenis Hino, kereta Honda Civic dan kenderaan pelbagai guna MPV, Toyota Wish.
00:40Ketua operasi memaklumkan terdapat seorang bangsa di dalam van yang sedang terbakar serta terdapat mangsa yang dikeluarkan orang awam dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba.
00:50Katanya, mangsa di dalam van yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan KKM.
01:00Manakala dua lagi penumpang van, masing-masing lelaki berusia 16 dan 19 tahun, cedera.
01:07Shazlin berkata mangsa di dalam lori satutan turut cedera, manakala lima lagi mangsa daripada dua kenderaan lain dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
01:16Operasi tamat sepenuhnya pada 5.55 minit petang, manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Comments