Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Helah seorang lelaki yang membawa bapanya dalam keadaan separa sedar ke hospital dengan mendakwa terjatuh, terbongkar selepas pemeriksaan perubatan mendapati kecederaan warga emas berusia 76 tahun itu berpunca daripada objek tumpul.
Transcript
00:00Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan polis kerana disyaki memukul bapanya hingga menyebabkan kematian dalam kejadian di rancangan rumah murah Seri Kembangan, Selangor.
00:11Menurut Ketua Polis IPD Serdang ACP Mohamad Farid Ahmad, kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang Isnin lalu apabila mangsa seorang warga emas berusia 76 tahun dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Chancellor Tuanku Muhris, HCTM, Ceras dalam keadaan separa sedar oleh suspek.
00:29Suspek mendakwa bapanya terjatuh beberapa kali di rumah namun pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati kesan lebam pada tubuh mangsa yang disyaki berpunca daripada kecederaan akibat objek tumpul.
00:43Susulan itu sepasukan polis dari bahagian sasatan jenayah IPD Serdang menahan suspek pada jam 9.30 malam di Lobby Jabatan Kecemasan HCTM pada hari sama.
00:55Kes yang pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan selepas mangsa meninggal dunia Khamis lalu.
01:08Suspek yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau tetapi negatif terhadap dadah kini direman hingga 30 Januari.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended