00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah memberi amaran serius terhadap ancaman teknologi kecedasan buatan, termasuk penggunaan deepfake yang disifatkan mampu menggugat kedaulatan negara dan merosakkan kepercayaan rakyat.
00:15Baginda bertitah cabaran terhadap negara kini tidak lagi berlaku secara fizikal. Sebaliknya, melalui manipulasi maklumat, perang persepsi serta penyebaran berita palsu di ruang digital.
00:26Menurut Baginda, penyalahgunaan teknologi modern boleh menjejaskan kestabilan sosial serta membuka ruang kepada perpecahan sekiranya masyarakat, khususnya golongan muda, gagal menilai kesahihan sesuatu maklumat.
00:39Hari ini, satu berita palsu yang nolak lebih pantas daripada peluru dan satu fitnah digital mampu meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.
00:55Teknologi kecerdasan buatan AI, deepfake dan algoritma media sosial telah disalahgunakan untuk mengagurkan kebenaran, menjetus kebencian serta memecahbelahkan masyarakat.
01:15Inilah bentuk penjajahan baru. Penjajahan tanpa kapal perang, tetapi berbekalkan neretik palsu dan emosi yang diperalakkan.
01:27Baginda turut menyeru agar Belia tampil sebagai generasi yang bijak dalam berfikir sebelum bertindak, menilai sebelum menyebarkan maklumat, serta meneliti sebelum mempercayai sesuatu.
01:38Belia mesti menjadi bentuk pemikiran negara, menapis propaganda, menolak fitnah, menetang pahaman melampau dan menegakkan nilai kesederhanaan serta hormat menghormatinya.
01:58Jangan sekali menjadi alat pada mereka yang mahu meraih kuasa dengan memecahbelahkan rakyat.
02:06Dalam titahnya sempena program wacana Belia Diraja 2026, Sultan Pahang menegaskan, kedaulatan negara turut juga melibatkan maruah bangsa dan keharmonian rakyat.
Comments