Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Jurang terbesar ketika ini adalah peralihan daripada minat kepada fokus membina kerjaya, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Transcript
00:00Penyertaan dalam program pendidik sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik STEM di peringkat antarabangsa
00:07dilihat sebagai langkah penting untuk menyemai minat serta membina bakat dalam bidang penerokaan angkasa.
00:13Ketua Pegawai Eksekutif Apa di Langit, Hafiz Murtaza berkata,
00:18minat terhadap angkasa lepas sudah wujud dalam kalangan pelajar seawal peringkat tadika dan sekolah rendah.
00:23Namun cabaran utama adalah menerjemahkan minat dan pengetahuan tersebut kepada laluan kerjaya yang jelas.
00:30Menurut beliau, jurang terbesar ketika ini adalah peralihan daripada minat kepada fokus membina kerjaya,
00:37khususnya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
00:40Mereka tahu tentang planet, mereka tahu tentang alam semesta dan mereka telah eksplor banyak melalui bahan-bahan yang sedia ada.
00:47Semua cabaran ini sekarang adalah bagaimana menerjemahkan apa yang mereka faham kepada kerjaya
00:53dan juga peluang untuk mengupgrade ataupun mendapatkan skill-skill yang terbaik untuk mereka cuburi dalam bidang keras lepas.
01:00Jadi itulah gap yang paling besar kerana melonjak daripada pengetahuan dan minat kepada fokus untuk mencuburi bidang angkasa lepas.
01:08Katanya lagi manfaat bidang angkasa melangkaui sempadan negara dan berkait rapat dengan pelbagai industri termasuk sektor semikonduktor dan teknologi.
01:17Hafiz turut menegaskan kepentingan menyesuaikan modul dan pembelajaran antarabangsa dengan konteks tempatan.
01:24Jelas beliau modul-modul yang diterima daripada rakan antarabangsa perlu disesuaikan mengikut keperluan tempatan bagi memastikan keberkesanannya.
01:35Sebagai usaha memperkukuh pembinaan bakat, Apa di Langit telah melaksanakan National Space Camp tahun lalu
01:42dan menerima penyertaan menggalakkan khususnya daripada pelajar universiti.
01:48Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk terlibat dalam program pendidik STEM antarabangsa.
01:54Malah menjadi platform penting untuk menyemai minat penerokaan angkasa dan membina ekosistem bakat yang mampan untuk masa depan negara.
Comments

Recommended