00:00Bekas Panglima Angkatan Tentera PAT, Tansi Muhammad Nizam Jaafar menegaskan siasatan dan pendakwaan yang sedang dihadapi pegawai tertinggi tentera termasuk beliau ketika ini tidak akan menjejaskan Angkatan Tentera Malaysia ATM.
00:13Beliau turut meminta semua pihak memberi ruang kepada ATM menyelesaikan kemelut yang berlaku.
00:30Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan sama ada siasatan dan pertuduhan dihadapi pegawai tertinggi tentera akan menjejaskan reputasi ATM ketika ditemui di Pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat.
00:57Terdahulu beliau mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3,000,000.
01:09Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya sebagai asisten ketua staf perkhidmatan anggota AKSPA Angkatan Tentera Malaysia
01:20yang mempenguruskan jawatan kuasa eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera TKAT untuk suapan masing-masing berjumlah RM267,481.90 dan RM285,000.
01:36Suapan itu adalah sebagai balasan Muhammad Nizam melantik lima syarikat untuk pembekalan kain pelikat, kain batik, multifunctional folding pliers, tuala mandi dan beg galas sempena hari raya.
01:47Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh sebagai AKSPA merangkap pengerusi jawatan kuasa pelaburan TKAT didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta TKAT berjumlah RM3,000,000
02:00dengan membuat pelaburan tambahan di dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan jawatan kuasa pelaburan TKAT.
02:08Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama pada 4 Oktober 2024 lalu.
02:12Jika disahabitkan bersalah, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara 2 hingga 20 tahun, sebatan dan denda.
02:24Bagi pertuduhan keempat, Muhammad Nizam didakwa menerima wang berjumlah RM200,000 dengan tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat
02:33yang diketahui mungkin ada kena-mengena dalam urusan yang akan dijalankan oleh tertuduh sebagai PAT di Wisma Transit Kuala Lumpur kementah pada Mac 2025.
02:43Terima kasih telah menonton!
Comments