Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pertambahan seramai 46,655 ahli pada 2025, menjadikan jumlah keseluruhan keahlian parti mencecah 3.525 juta.
00:00Seterusnya UMNO merekodkan pertambahan ahli seramai 46,650,000 pada 2025 menjadikannya jumlah keseluruhan keahlian parti itu kini mencecah 3.525 juta.
00:13Setiausaha agung UMNO, Dato' Ashraf Wajidiyusuzuki bagaimanapun berkata angka tersebut perlu dilihat secara realistik kerana ahli tidak semestinya menjadi pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama parti.
00:24Pilihan raya negeri Sabah umpamanya menjadi satu wake up call terbesar buat kita semua.
00:33Kita memasuki gelanggang dengan penuh keyakinan memiliki lebih 622,000 ahli tetapi undi yang kita terima hanyalah 144,584 undi.
00:49Pengajarannya ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya bersama parti.
00:59Sejarah politik Sabah mencatatkan tiga exodus atau gelombang penghijrahan besar-besaran.
01:082016 bermula dengan penubuhan parti warisan.
01:132018 pula apabila sebahagian pemimpin berhijrah kepada bersatu.
01:182023 apabila sebahagian pimpinan dan ahli juga berhijrah ke GRS.
01:26Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan tahunan setiausaha agung UMNO sepenuh perhimpunan agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia WTC Kuala Lumpur pada Jumaat.
01:40Menurut Ashraf Wajdi, tren penurunan undi ini bukan terhad kepada Sabah sahaja malah dalam tiga pilihan raya umum lalu.
01:48Beliau menjelaskan, realiti perhijrahan politik tersebut mesti dihadapi dengan berani bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.
01:57Tambah Ashraf Wajdi, perhimpunan agung UMNO adalah medan terbaik untuk bermuhas Sabah dengan tidak bermain sentimen murahan,
02:04emosi tidak terkawal dan saling menuding jari.
Be the first to comment