Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Keputusan itu dijangka memberikan implikasi terhadap keputusan pertuduhan bagi bulan depan berkaitan Yoon mengetuai pemberontakan menerusi dekri singkatnya itu.
Transcript
00:00Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yul, dihukum penjara lima tahun pada Jumaat atas beberapa pertuduhan termasuk menghalang usaha penyiasat menahannya tahun lepas.
00:11Mahkamah Daerah Tengah Seoul menjatuhkan hukuman itu dalam keputusan pertama terhadap pertuduhan berkaitan pengisytiharan Undang-Undang Tentera pada Desember 2024.
00:22Semasa perbicaraan, Hakim Baek Dae-hyun menyenaraikan pertuduhan terhadap Yoon dan penghakiman bagi setiap satu.
00:30Antara pertuduhan ke atas Yoon ialah beliau didakwa mengarahkan penyebaran kenyataan media yang mengandungi maklumat palsu mengenai pengisytiharan tersebut dan memadam rekod daripada telefon digunakan komanda tentera ketika itu.
00:43Mahkamah berkata Yoon bersalah atas semua kesalahan.
00:48Bagaimanapun, Peguam Yoon mengatakan keputusan itu adalah bermotifkan politik.
00:52Keputusan itu dijangka memberikan implikasi terhadap keputusan pertuduhan bagi bulan depan berkaitan Yoon mengetuai pemberontakan menerusi dekri singkatnya itu.
01:17Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended