Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kementerian itu mengadakan pertemuan dengan Meta selaras Peraturan Kerajaan No 71 2019 untuk memanggil penyedia sistem elektronik yang beroperasi di Indonesia untuk soal siasat atau penjelasan.
Transcript
00:00Kementerian Komunikasi dan Digital KomDigi Indonesia minta penjelasan daripada META, susulan laporan kemungkinan kebocoran data yang dikaitkan dengan prosedur tetapan semula, kata laluan di Instagram.
00:14Ketua Pengarah Pemantauan Ruang Digital KomDigi, Alexander Sabah berkata, META telah memberikan jaminan kepada kerajaan bahawa proses penetapan semula kata laluan ialah mekanisme dalaman yang tidak mendedahkan maklumat pengguna kepada pihak ketiga.
00:30Kata Sabah, kata laluan tidak boleh diakses atau diperolehi sesiapa selain pemilik akaun.
00:37Selain itu, tiada tanda-tanda penyalahgunaan ciri tetapan semula kata laluan yang didakwa digunakan pihak luar untuk mencuri data.
00:46Menurutnya, META dan Instagram sedang menyiasat laporan itu dan hasil siasatan akan digunakan sebagai asas untuk penilaian selanjutnya.
00:54Kementerian Berkenaan menggesa orang awam supaya tidak bimbang, mengelakkan penyebaran maklumat tidak sah dan terus melindungi akaun digital mereka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended