Skip to playerSkip to main content
Jumlah ahli UMNO mencecah 3.52 juta orang tidak menjamin kemenangan pada pilihan raya, malah jauh sekali mencerminkan kekuatan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situasi itu adalah realiti yang perlu dihadapi dengan berani.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764257/berita/politik/ahli-tidak-semestinya-pengundi-pengundi-tidak-semestinya-kekal---asyraf-wajdi

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2025 #UMNO #perhimpunanAgungUmno2025 #AsyrafWajdi
Transcript
00:00Angka keahlian tidak semestinya diterjemahkan di dalam kemenangan pilihan raya.
00:06Pilihan raya negeri Sabah umpamanya menjadi satu wake up call terbesar buat kita semua.
00:12Kita memasuki gelanggang dengan penuh keyakinan memiliki lebih 622,000 ahli.
00:20Tetapi undi yang kita terima hanyalah 144,584 undi.
00:27Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya bersama parti.
00:34Sejarah politik Sabah mencatatkan tiga exodus atau gelombang penghijrahan besar-besaran.
00:422016 bermula dengan penubuhan parti warisan.
00:462018 pula apabila sebahagian pemimpin berhijrah kepada bersatu.
00:502023 apabila sebahagian pimpinan dan ahli juga berhijrah ke GRS.
01:00Setiap gelombang ini hakikatnya telah menghakis kekuatan UMNO.
01:05Merobek kekuatan akar umbi.
01:08Memotong satu demi satu urat nadi perjuangan UMNO Sabah.
01:14Trend penurunan ini bukan terhad kepada Sabah sahaja.
01:17Dalam tiga pilihan raya umum yang lalu, PRU 13, 14, 15, pola yang sama berulang-ulang.
01:27Maka, menjelang pilihan raya negeri Melaka, pilihan raya negeri Johor dan seterusnya pilihan raya umum ke-16.
01:36Kita wajib bertanya dengan jujur.
01:40Adakah pertambahan tahun ini sahaja 46,655 ahli menjadikan jumlah keseluruhan 3.524 juta sudah cukup untuk menjamin kemenangan kita?
01:55Statistik di banyak negeri juga tidak kurang hebatnya menunjukkan penambahan ahli yang begitu hebat.
02:02Tetapi, apakah jumlah ahli ini akan tetap sama dengan jumlah undi dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang?
02:10Inilah realiti apabila berlakunya penghijrahan politik atau political exodus.
02:17Yang mesti kita tangani dengan jujur dan berani.
02:21Bukan saja di Sabah, tetapi di seluruh negara.
02:24Kesetiaan hari ini tidak boleh lagi dianggap semula jadi.
02:32Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended