Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden letupan tong silinder gas amonia bocor sekiranya didapati berlaku pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan berkaitan.
00:00Ini pula perkembangan mengenai insiden kebocoran gas amonia di Susul Keluar Plaza Tol Seremban Arah Utara pada Khamis.
00:08Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan, JKKPNS, menegaskan tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden itu sekiranya didapati berlaku pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan berkaitan.
00:30Ketika ini, kata JKKPNS, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar.
00:37Menurut JKKPNS, berdasarkan siasatan awal, insiden jam 2.40 petang itu berlaku apabila satu daripada 15 tong silinder gas amonia yang dibawa sebuah lori meletup dan mengalami kebocoran tangki.
00:52Pasukan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia bersama unit hazmat yang tiba di lokasi mengambil langkah awal dengan mengawal dan penstabilan dengan menutup tong silinder yang bocor menggunakan absorbent towel sementara menunggu kehadiran kontraktor dilantik bagi menjalankan kerja pemindahan serta pengurusan selamat tong berkenaan.
01:12Akibat kejadian itu, tiga individu mengalami simptom sesat nafas membabitkan seorang pengawal keselamatan PLAS, seorang petugas TOL PLAS dan pemandu lori yang membawa tong silinder gas amonia berkenaan.
01:26Kesemua mangsa dibawa ke hospital Tuan Kuja Fas Remban untuk menerima rawatan.
01:31Jabatan itu menegaskan pihaknya memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti dalam mana-mana sektor.
01:41JKKPNS turut komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini.
Be the first to comment