Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia kini sedang memerhati perkembangan terkini mengenai isu tersebut susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini yang berulang kali mengatakan Amerika perlu memiliki Greenland.
00:00Rusia menganggap Greenland sebagai wilayah Denmark.
00:03Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menyifatkan situasi keselamatan yang melibatkan pulau itu adalah luar biasa dari perspektif undang-undang antarabangsa.
00:30Terdahulu, Moskow minggu ini berkata adalah tidak boleh diterima bagi negara-negara barat untuk terus mendakwa Rusia dan China mengancam Greenland.
00:54Kremlin menegaskan krisis berkaitan wilayah tersebut menunjukkan sikap dui standar kuasa-kuasa barat yang sering mendakwa memiliki kelebihan moral.
01:03Kenyataan itu menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata Amerika perlu memiliki Greenland untuk menghalang Rusia dan China daripada menguasainya.
Be the first to comment