Pada 2025, purata suhu global berada pada 14.97 darjah Celsius, iaitu 0.13 darjah Celsius lebih rendah daripada tahun 2024 (tahun paling panas dalam rekod), dan hanya 0.01 darjah Celsius lebih rendah berbanding 2023, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU) dalam satu laporan.
00:00Tahun 2025 disahkan sebagai tahun ketiga paling panas dalam rekod.
00:07Perkhidmatan perubahan iklim Kompenikas C3S yang dibiayai Kesatuan Eropah-EU dalam satu laporan memberitahu pada tahun 2025,
00:16purata suhu global berada pada 14.97 darjah Celsius iaitu 0.13 darjah Celsius lebih rendah daripada tahun 2024 iaitu merupakan tahun paling panas dalam rekod.
00:35Laporan itu juga menyebut ahli sains memberi amaran planet ini berkemungkinan menjadi panas selebih awal daripada jangkaan sebelum ini.
00:43Menurut C3S, ini juga menandakan kali pertama suhu global bagi tempoh tiga tahun berturut-turut 2023 hingga 2025.
00:54Ia secara puratanya melebihi 1.5 darjah Celsius di atas paras praindustri yang merupakan ambang kritikal ditetapkan perjanjian Paris.
01:04Laporan itu antara lain mengaitkan kenaikan suhu sepanjang tiga tahun lepas,
01:07berpunca daripada pengumpulan gas rumah hijau di atmosfera dan suhu permukaan laut yang luar biasa tinggi.
01:15Selain itu ia turut dikaitkan dengan fenomena El Nino serta faktor kepelbagaian lautan lain yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim.
01:24Menggunakan beberapa kaedah, tahap semasa pemanasan global jangka panjang dianggarkan sekitar 1.4 darjah Celsius
01:31melebihi paras praindustri menurut laporan itu.
01:35Berdasarkan kadar pemanasan semasa, laporan itu menyatakan had pemanasan global jangka panjang 1.5 darjah Celsius
01:44di bawah perjanjian Paris boleh dicapai menjelang akhir dekad ini.
01:49Ia kira-kira sedekad lebih awal daripada unjuran awal di bawah perjanjian berkenaan.
Be the first to comment