Israk Mikraj bukan sekadar peristiwa sejarah dalam Islam, tetapi membawa pengajaran tentang ketahanan emosi, disiplin diri dan hubungan dengan Tuhan. Perbincangan ini mengaitkan pengajaran Israk Mikraj dengan cabaran semasa seperti tekanan hidup, kesihatan mental, integriti dan tanggungjawab sosial.
00:00Peristiwa Israq Mi'raj bukan sekadar sebuah kisah agung dalam sejarah, tetapi tersirat pengajaran mendalam yang boleh kita jadikan panduan hidup.
00:09Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Arba Foundation merangkap penceramah bebas Azlan Syah Nabis Han, peristiwa ini mengiakkan kita bahawa walau sedalam mana pun kejatuhan yang kita alami, sentiasa ada jalan kembali dan petunjuknya.
00:20Beliau menjelaskan bahawa dalam konteks peristiwa Israq Mi'raj, Allah telah meluaskan pandangan Nabi Muhammad SAW daripada hanya melihat kesulitan hidup baginda yang sedang berlaku.
00:35Perjalanan agung itu turut menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW kembali menjadi lebih tabah setelah mendengar kisah-kisah perjuangan para anbiak terdahulu.
00:45Jika dikaitkan dengan kehidupan hari ini, kita juga memerlukan seseorang yang pernah melalui kesusahan yang sama, agar kita dapat saling menguatkan, bangkit bersama dan terus berjuang dalam hadapi cabaran hidup.
00:59Kami ceritakan kepada kau, air Rasulullah, kisah-kisah Nabi terdahulu supaya kami kuatkan hati kau.
01:05So kadang-kadang dalam bidang kerjaya kita pun, kita perlu cari orang-orang mentor yang mungkin dia dah pernah lalu ni, dengan merujuk kepada dia tu akan mengurangkan.
01:15Macam saya sebut tadi, orang yang pernah kehilangan anak, orang yang pernah kehilangan pasangan, keluarga yang dikasih, pergi kepada orang yang pernah melaluinya tu, dia akan ada rasa.
01:24So Nabi SAW mendapatkan sokongan psikologi, sokongan emosi tu daripada anbiak.
01:29Beliau berkongsi pandangan dalam rancangan Awali Pagi pada Jumat.
Be the first to comment