Skandal rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika ini tidak sepatutnya melunturkan keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan negara, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ini kerana pengorbanan anggota ATM dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara tidak pernah berbelah bahagi.
00:00Bahawa anggota pertahanan kita, sama ada veteran dan anggota pertahanan kita, saya fikir rakyat tidak sedikit pun hilang keyakinan itu kerana kita tahu bahawa ini bukanlah suatu perkara yang harus kita lihat bahawa bila berlaku sesuatu kepada Mindef, satu anggota pertahanan ini, dia menghilangkan keyakinan rakyat.
00:23Kerana apa? Kerana pengorbanan yang diberikan oleh anggota pertahanan kita tidak pernah berbahagi kepada negara kita.
00:31Mereka bukan sahaja memberikan pengorbanan masa, mereka bukan sahaja memberikan pengorbanan tenaga mereka, tapi mereka telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan pengorbanan nyawa mereka untuk negara.
00:42Sebab itu saya fikir pengorbanan mereka itu memang kita hargai, tapi dalam masa yang sama, apa-apa perkara yang terkait dengan integriti itu, memang itu menjadi tanggungjawab kerajaan.
00:53Biar pihak berkuasa menyiasat, tetapi bagi kita adalah penghargaan kita kepada anggota pertahanan kita tidak sepatutnya luntur.
01:02Kerana tanggungjawab untuk menjaga kedaulatan dan keamanan negara kita adalah tanggungjawab bukan sahaja kepada anggota pertahanan, tetapi kepada kita semua.
Be the first to comment