Ketegangan geopolitik global kembali memuncak dengan perkembangan membabitkan Amerika Syarikat, Venezuela, Iran dan ketegangan bercorak keselamatan di Eropah. Dalam sesi ini, Pakar Ekonomi MBSB Research, Abdul Mui’zz Morhalim menghuraikan kesan risiko geopolitik terhadap unjuran ekonomi dunia, pergerakan komoditi, serta bagaimana sentimen ini mempengaruhi pasaran di Asia termasuk Malaysia.
00:00Ketengangan geopolitik kembali memuncak dengan perkembangan di Venezuela, Iran dan Eropah sekaligus memberi tekanan kepada pasaran global dan pada masa yang sama data ekonomi Amerika Syarikat dan China menunjukkan hala tuju bercampur.
00:12Jadi persoalannya bagaimana semua ini memberi kesan kepada prospek ekonomi 2026 dan juga Malaysia untuk mengulas selanjut kita bersama Abdul Moiz Murhalim pakar ekonomi MBSB Research.
00:22Baik Moiz, Assalamualaikum. Selamat pagi. Kalau kita lihat ketengangan geopolitik terus menjadi punca kebimbangan dalam pasaran ekonomi dan juga kewangan dan pada awal bulan ini dunia dikejutkan dengan serangan oleh Amerika Syarikat ke atas Venezuela dan Presiden Nicholas Maduro dan isterinya kemudiannya diculik dan dibawakan New York.
00:39Jadi beberapa hari lepas Presiden Trump pula memberi amaran akan mengenakan tindakan keteraan yang tegas ke atas Iran bagi menyelamatkan mereka yang terkesan dan meninggal dunia kerana tindakan keras kerajaan Iran.
00:49Jadi bagaimana kesan risiko geopolitik ini bakal memberi kesan kepada unjuran ekonomi tahun ini serta pergerakan dalam pasaran komoditi? Silakan.
00:58Okey, Assalamualaikum. Terima kasih. Kalau kita lihat di segi perkembangan geopolitik ini memang kami kekalkan sebagai salah satu daripada risiko kepada unjuran ekonomi.
01:08Kita dapati isu geopolitik ini telah berlaku dan masih kekal dalam beberapa tahun ini melihat kepada peperangan dan juga ketidakstabilan yang berlaku di rantau seperti Timur Tengah
01:19dan kita dapati serangan yang dibuat ke atas Venezuela dan juga tekanan yang diberikan ke atas Iran ini antara punca utama yang mungkin boleh menjejas sentimen di pasaran.
01:31Cuma kita lihat dari segi reaksi pasaran itu agak berbeza antara kedua negara ini.
01:34Pertama sekali, kalau kita lihat dari segi serangan ke atas Venezuela yang dibuat oleh Amerika hanya menaikkan kemungkinan minyak akan berlaku lebihan penawaran kerana Amerika mahu melihat peningkatan pengeluaran minyak daripada Venezuela.
01:51Walaupun kita lihat mungkin kalau dari segi geopolitik ini kebiasaannya akan mungkin menjejas aliran penawaran minyak.
02:01Namun disebabkan jangkaan peningkatan daripada pengeluaran oleh Venezuela ini, kita lihat daripada awal tahun ini tiada banyak perubahan dari segi perekan minyak hanya boleh ke sekitar $60 setong.
02:13Sebaliknya bila kita lihat dari segi ugutan ketenteraan yang mungkin akan dibuat ke atas Iran, kita dapati berlaku lonjakan dari segi pergerakan minyak mentah brand khususnya yang melonjak kepada sekitar $64 setong.
02:26Kerana ini melihat kepada kebimbangan bagaimana tekanan yang dibuat ke atas Iran mungkin akan menjejaskan jumlah penawaran global minyak mentah dunia.
02:38Tapi kesal langsung ke atas Malaysia kalau kita lihat buat masa ini, kalau kita lihat dari segi contohnya hubungan perdagangan antara Malaysia dan Iran.
02:45Walaupun mungkin Amerika ada mengatakan ugutan untuk mengenakan tarif 25% ke atas negara yang berdagang dengan Iran, tapi bila kita ada sejumlah dagangan Malaysia dengan Iran tidak sampai 0.1% daripada jumlah dagangan Malaysia dengan negara-negara lain.
03:00Ini berdasarkan data yang ditunjukkan pada tahun 2024 dan juga data terkini pada 2025.
03:06Cuma mungkin negara lain seperti China dan juga Iraq yang mempunyai hubungan dagangan yang lebih rapat dengan Iran mungkin akan lebih terkesan sekiranya Amerika terus memberi tekanan ke atas negara-negara seperti Iran ini.
03:18Baik Muiz, antara lain dunia juga menyaksikan Amerika Syarikat mengulangi niatnya untuk mengambil Greenland daripada Denmark atas dasar keselamatan kerana risiko tekanan daripada Rusia dan juga China.
03:28Jadi apa jangkaan Muiz melihat ketegangan Amerika Syarikat dengan negara-negara Eropah dan NATO ini bakal mencetuskan satu lagi headwinds ataupun rintangan kepada ketidakstabilan pasaran tahun ini?
03:39Dan jika Eropah menjerus kepada peperangan, bagaimana Muiz melihat situasi ini bakal berubah dan memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa dan pertumbuhan ekonomi negara?
03:48Okey, memang kalau kita lihat dari segi ketegangan yang berlaku antara Amerika dan Eropah ini melibat kepada isu Greenland ini adalah satu, bagi saya satu perkara yang unik-unik kerana kebiasaan waktu kita dengar tekanan yang biasa Amerika berikan adalah kepada negara-negara besar seperti BRICS khususnya China dan juga Rusia.
04:09Tapi dalam isu Greenland ini nampaknya tekanan adalah kepada Denmark dan juga negara-negara NATO yang mana ini adalah, yang mana negara-negara Eropah ini melahirkan rasa kebimbangan dan juga memberi tentangan keras ke atas niat Amerika untuk mengambil alih Greenland.
04:27Cuma, bila kita lihat dari segi alasan Amerika adalah disebabkan atas alasan keselamatan.
04:32Walaupun mungkin kita dapati kebanyakan tindakan yang dibuat oleh Amerika Syarikat ini banyak tertumpu adalah dalam usaha Amerika Syarikat untuk mengawal kawasan-kawasan yang punya kaya dengan sumber alam dan juga sumber minyak khususnya minyak mentah.
04:48Tapi dalam isu ini, bagi saya mungkin ada dua kemungkinan. Pertama, mungkin Eropah terpaksa tunduk dengan tekanan yang dibuat oleh Amerika Syarikat untuk mendapatkan Greenland tanpa melalui sebarang perperangan.
05:01Ini mungkin senario yang pada saya paling ringan ataupun tidak memberi kesan besar. Tapi saya percaya dari segi ketegangan diplomatik antara Amerika dan Eropah akan berpanjangan.
05:12Senario yang kedua, kalau sekiranya situasi ini melibatkan kepada tindakan ketenteraan ataupun perperangan antara Amerika dan juga Eropah,
05:21ianya adalah satu situasi yang lebih memeningkan kerana kalau kita lihat dari segi geopolitik di Eropah ini juga turut sama memberi kesan kepada bukan sekadar sentimen di pasaran,
05:33namun kebimbangan dari segi hubungan perdagangan kerana geopolitik ini akan memberi kesan contohnya dari segi aliran perdagangan dan juga permintaan akhir barang-barang.
05:44Dan bagi kedua-dua pasaran ini, Amerika Syarikat dan juga Eropah, kita dapati sekiranya berlaku pemelesetan ekonomi disebabkan perangan yang mungkin nak terjejas,
05:57ini akan memberi kesan yang agak signifikan kerana kedua-dua adalah pasaran utama ekspor bagi Malaysia.
06:04Tapi dalam suasana ketidaktentuan global tadi dan melihat kepada data ekonomi yang terbitkan minggu ini,
06:10inflasi di Amerika kekal stabil sekitar 2.7% pada bulan Desember 2025.
06:15Jualan runcit melonjak 0.6% pada Desember berbanding bulan sebelumnya.
06:19dan ia menunjukkan perbanjaan pengguna di Amerika Syarikat masih berangsangkan.
06:23Jadi bagaimana bacaan muiz mengenai keputusan yang bakal dibuat FED melihat kepada kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang masih dikira baik?
06:32Kalau kita lihat dari segi jangkaan pasaran ini tidak jauh berubah kerana saya dapati jangkaan pasaran masih menjangka akan ada dua kali pemotongan yang bakal dibuat oleh FED.
06:43dan data-data ataupun gambaran yang menunjukkan dari saya ekonomi Amerika Syarikat yang berterusan ini
06:49memberi gambaran kemungkinan FED akan mengambil masa yang lebih untuk mempertimbangkan potongan kadar faedah seterusnya.
06:58Dan malah kalau kita lihat dari segi unjuran dot plot yang dikeluarkan oleh FOMC pada mesyuarat bulan lepas,
07:04FED hanya menjangka akan ada satu lagi pemotongan yang bakal dibuat pada tahun ini.
07:09Oleh itu pada saya, kita perlu memberi tumpuan kepada dua data utama.
07:14Pertamanya melihat kepada situasi buruh, pasaran buruh di Amerika Syarikat kerana kita dapati keadaannya agak perlahan
07:23kerana tiada peningkatan pengajian yang memberangsangkan jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan masih kekal di bawah paras
07:32RM100,000 sebulan dan ini adalah agak perlahan berbanding situasi yang kita lihat lebih kurang awal tahun lepas
07:41ataupun sebelum tekanan tarif yang dimulakan oleh ketadbiran Trump pada bulan April tahun lalu.
07:48Dan pada masa sama, saya percaya inflasi juga menjadi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian kerana tarif yang tinggi
07:56mungkin boleh memberi tekanan inflasi pada bulan-bulan akan datang dan ini menjadi alasan kenapa mungkin FED akan lebih berhati-hati
08:03untuk tidak memotongkan dapat edah bagi mengelakkan tekanan inflasi akan terus meningkat.
08:09Dan itu adalah apa yang berlaku pada halutuju ekonomi di Amerika Syarikat.
08:13Tapi dalam konteks ekonomi Malaysia pula, data awalan KDNK bagi suku keempat 2025 akan dikeluarkan pada tengah hari ini.
08:20Jadi apa yang jangkaan muiz melihat kepada prestasi data-data terkini?
08:24Adakah pertumbuhan KDNK mampu dikekalkan pada paras lebih 5% seperti dicatat pada suku sebelumnya ataupun bagaimana?
08:30Okey, kalau melihat kepada unjuran awal yang saya buat, kita menjangka pada suku keempat 2025 ini
08:41pertumbuhan mungkin akan sedikit sederhana sekitar 4.5% ke 5% berbanding 5.2% dicatatat pada suku ketiga.
08:49Namun bila kita lihat data-data seperti pengeluaran industri dan juga perbelanja rucit
08:53kerana nampaknya masih ada pertumbuhan yang agak memberangsangkan dalam aktiviti domestik
08:59dan ini mungkin mampu menyokong pertumbuhan KDNK mungkin akan terus kekal mampan sekitar 5%.
09:06Walau bangun-bangun pun, kenapa saya menjangka mungkin akan berlaku sedikit pertumbuhan yang sederhana
09:11kerana melihat kepada prestasi ekspor walaupun ini agak memberangsangkan pada suku terakhir tahun lalu
09:19tapi kita dapati prestasi ekspor domestik adalah secara relatifnya lebih perlahan
09:23berbanding peningkatan ekspor yang lebih disopong oleh aktiviti re-export ataupun ekspor semula
09:29yang mana kesan re-export ini kepada KDNK adalah lebih rendah
09:34dan disebabkan prestasi ekspor domestik yang lebih sederhana
09:38ada kemungkinan pertumbuhan KDNK sedikit lebih perlahan
09:40jadi saya menyangkakan mungkin pertumbuhan adalah sekitar 4.5% ke 5% pada suku akhir tahun lalu.
09:46Baik, terima kasih di ucapkan kepada Abul Muiz Murhalim, pakar ekonomi MBSP Research
09:51atas perkongsian dan masa yang telah diberikan
09:52dan seperti biasa kami akan menghukumkan dalam semua platform digital
Be the first to comment