AS umum permulaan fasa kedua gencatan senjata Gaza termasuk penubuhan jawatankuasa teknokrat Palestin yang dijangka mengambil alih pengurusan harian di wilayah itu sepanjang tempoh peralihan.
00:00Amerika Syarikat mengumumkan permulaan fasa kedua gencatan senjata Gaza termasuk penubahan jawatankuasa teknokrat Palestine yang dijangka mengambil alih pengurusan harian wilayah itu untuk tempoh peralihan.
00:11Pengumuman tersebut dibuat di media sosial oleh utusan khas Presiden Donald Trump, Steve Whitcoff. Ia bagaimanapun tidak memperincikan putiran atau senarai anggota jawatankuasa kebangsaan untuk pentadbiran Gaza yang dicadangkan itu.
00:23Antara lain jatangkuasa itu dijangka tidak akan memulakan tugas sehingga diberi mandat oleh lembaga keamanan yang masih belum ditubuhkan, dipengerusikan oleh Trump.
00:35Whitcoff berkata fasa kedua akan memulakan pelucutan senjata penuh dan pembinaan semula Gaza terutama pelucutan senjata semua anggota tidak sah.
00:45Fasa pertama gencatan senjata bermula 10 Oktober lepas dengan pertukaran tebusan dan tahanan Palestine dilaksanakan.
00:51Walaupun serangan berkurangan, ia tidak berhenti sepenuhnya. Malah Israel terus mencabul perjanjian yang menyebabkan 450 rakyat Palestine terkorban dan menyekat bantuan penting masuk ke Gaza mengikut jumlah yang dipersetujui.
01:07Walaupun Whitcoff tidak memberikan butiran mengenai jawatankuasa interim Palestine yang dicadangkan, Menteri Luar Mesir Badar Abdelati mengumumkan persetujuan telah dicapai mengenai kesemua 15 anggotanya.
01:19Badar berkata jawatankuasa itu akan dikerahkan ke Gaza untuk menguruskan kehidupan seharian dan perkhidmatan penting.
01:26Ahli jawatankuasa itu dijangka terdiri daripada teknokrat dan bukan ahli politik tetapi beberapa daripadanya dipercayai mempunyai kaitan dengan parti Fatah yang dominant di pihak berkuasa Palestine PA.
01:38Dua calon yang disebut-sebut bakal mengetahui jawatankuasa itu adalah bekas timbalan Menteri Perancangan PA Ali Sa'af dan Menteri Kesihatan PA Majid Abu Ramadan.
01:50Menurut diplomat di rantau itu, kerja jawatankuasa peralihan Palestine akan dipantau oleh diplomat veteran Bulgaria dan wakil pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB Nikolai Mladenov.
02:01Mladenov pula akan melaporkan kepada lembaga keamanan Trump yang dijangka terdiri daripada beberapa pemimpin dunia.
Be the first to comment