Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
AS memulakan fasa kedua pelan Trump dengan penubuhan kerajaan Palestin teknokratik, pembinaan semula dan penyahmiliteran Gaza, termasuk pelucutan senjata Hamas.
Transcript
00:00Utusan khas Amerika Syarikat ke Asia Barat, Steve Witkoff mengumumkan bermulanya fasa kedua pelan Presiden Donald Trump untuk menamatkan perang di Gaza dengan penubuhan kerajaan Palestine bersifat teknokratik di wilayah itu.
00:17Belum berkata, fasa kedua turut merangkumi pembinaan semula serta termasuk pelucutan sepenuhnya senjata Hamas dan kumpulan Palestine lain.
00:26Menurut Witkoff, Amerika menjangkakan Hamas mematuhi sepenuhnya semua kewajipannya.
00:34Kewajipan ini termasuk pengembalian jasad tebusan Israel terakhir yang terkorban.
00:38Di bawah fasa pertama, Hamas dan Israel bersetuju melaksanakan gencata sejata pada Oktober selain pertukaran tebusan dan tahanan, pengunduran sebahagian tentera Israel serta peningkatan bantuan kemanusiaan.
00:51Sesulan pengumuman itu, pengantara serantau Mesir, Gaza dan Turki mengalu-alukan penubuhan apa yang mereka gelar sebagai jawatankuasa teknokratik Palestine untuk mentadbir semenanjung Gaza yang akan menyumbang kepada pengukuhan usaha menstabilkan keadaan dan memperbaiki situasi kemanusiaan.
01:08Mereka turut maklumkan badan 15 anggota itu akan diketuai Ali Shah, bekas Timbalan Menteri Perancangan dalam pihak berkuasa Palestine, PA, yang disokong barat dan mentadbir sebahagian tebing barat yang didiruki Israel.
01:22Menurut pelan 20 perkara diumumkan Trump 3 bulan lalu, pentadbiran peralihan itu akan beroperasi di bawah penyeliaan lembaga keamanan yang akan dipengerusikan olehnya.
01:34Pengumuman lanjut berkaitan lembaga itu dijangka dibuat dalam beberapa hari akan datang, termasuk semasa lawatan Presiden ke Forum Ekonomi Dunia di Davos minggu depan.
01:43Bekas utusan PBB ke Asia Barat, Nikolai Mladenov, yang sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel dan Palestine, dijangka menjadi wakil lembaga tersebut di lapangan Gaza.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended