Masyarakat Tamil di seluruh negara hari ini menyambut Perayaan Ponggal, iaitu perayaan menuai yang melambangkan kesyukuran kepada Tuhan, alam semula jadi serta haiwan ternakan atas hasil tuaian yang diperoleh.
00:00Ketemu kembali, masyarakat Tamil Malaysia hari ini menyambut Ponggal, perayaan menuai yang melambangkan kesyukuran kepada alam semula jadi serta haiwan ternakkan atas hasil tuaian yang diperolehi.
00:12Kita ikuti laporan rakan setugas Umavati Ramaya yang meraihkan Ponggal bersama penduduk Taman Tan Sri Dato' Manikava Sagam di Kuala Selangor hari ini.
00:23Kawasan perumahan ini bukan sekadar deretan tempat tinggal, sebaliknya sinonim sebagai tempat nostalgia kerana menjadi lokasi kelahiran Mendiang Tan Sri Dato' Manikava Girl, tokoh yang pernah membawa suara masyarakat India pada era Tunku Abdul Rahman.
00:45Biarpun realiti semasa menyaksikan kebanyakan keluarga kini memasak Ponggal di dalam rumah berikutan kekangan masa dan persekitaran, penduduk di sini masih mengekalkan tradisi memasak Ponggal di luar rumah sebagai lambang kesinambungan warisan.
01:02Pada zaman sekarang, masa sekarang Ponggal selalunya sebab banyak orang tinggal di apartmen, kondominium, mereka tidak berpeluang untuk membuat Ponggal di luar rumah.
01:13Mereka boleh buat di dalam rumah juga ataupun mereka yang tidak berpeluang untuk buat sedemikiannya, mereka boleh datang ke Tempel macam hari ini dan mereka boleh enjoy kebudayaan kita dan mengenali apa erti Ponggal sebenarnya.
01:29Dengan sekarang, mereka mengetahui apa itu Ponggal tapi mereka tidak mengenali apa maksud sebenar Ponggal iaitu dia adalah satu tanda kesyukuran kepada alam semesta, tuan matahari dan juga petani-petani membantu kita untuk mendapat makanan yang, makanan sumber makanan yang baik.
01:49Setiap tahun emak akan pastikan kita pakai baju tradisional, lepas itu kita orang ahli keluarga kumpul dekat luar rumah, masa Ponggal, lepas itu kita orang pergi ke Tempel, sembayang, dekat Tempel pun masa Ponggal, lepas itu kita setel dekat pertandingan dekat Tempel, lepas itu kita balik rumah.
02:09Itu saya umurkan dekat 69 tahun. Dulu-dulu kultur di orang rumah ada bikin Ponggal, macam-macam dia buat, kita punya India ini, kita kultur.
02:21Tapi banyak sekali, banyak lama orang di dalam dia buat, rumah dalam buat di sembayang.
02:27Tapi sekarang generasi mau depan rumah dia buat pagi, itu Ponggal. Ponggal habis rumah dia sembayang habis, baru dia marik koil sekali sama-sama raya, sama-sama satu hati macam dia buat.
02:41Kita pun sudah tahun banyak sudah buat ini macam aktiviti atau rumah pun rumah-rumah dia buat, tapi orang ada kerja dia petang buat, orang ada cuti dia pagi buat.
02:49Itu juga kita punya Ponggal. Sekarang dia baru-baru dia orang sudah banyak lama, sekarang dia orang rumah depan pagi-pagi buat.
02:58Kalau petang pun ada, tapi itu kita mau cuba dia orang bikin pagi, itu juga kita. Sekarang ini ladang Raja Musa dia orang cuti, tak ada kerja.
03:07Dia cuti angkat, buat Ponggal di rumah depan. Pagi habis rumah depan sembayang matahari, kemudian mereka buat dia, itu juga.
03:15Selepas menyediakan hidangan di kediaman masing-masing, penduduk di sini kemudiannya berkumpul di Kuil Sri Mahamaryaman yang sudah mencecah usia lebih 180 tahun untuk bersama-sama memasak Ponggal sekaligus menghidupkan semangat kebersamaan dan tradisi komuniti.
03:33Dan menurut penduduk ini merupakan tradisi wajib di taman perumahan tersebut dan disusuli pelbagai aktiviti kebudayaan seperti pertandingan pecah periuk belanga, ikat bunga dan menganyam atau toranam.
03:48Di sebalik kemanisan Ponggal, tersimpan maksud kesyukuran dan kesamarataan.
Be the first to comment