Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, menyuarakan keyakinan kontinjen negara mampu mengulangi pencapaian gemilang muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2027 apabila Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu.
00:00Kita beralih ke laporan seterusnya, Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari menyuarakan keyakinan kontinjen negara mampu mengulangi pencapaian muncul juara keseluruhan Sukansi 2027 apabila Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah termasya dui tahunan itu.
00:17Dr. Taufik berkata Kementerian Belia dan Sukan KBS sudah mempunyai plan perancangan serta garis masa jelas sebagai persiapan menghadapi Sukansi 2027.
00:27Dan bagi saya penganjuran kali ini amat penting untuk negara kita bukan sahaja berkenaan sukan tetapi kepercayaan negara-negara luar terhadap kepimpinan negara kita dan bagaimana penganjuran itu saya akan memastikan insyaAllah bersama dengan tim KBS penganjuran ini akan menjadi antara penganjuran yang terbaik dan juga penganjuran ini akan menjadi suatu platform dan medium untuk kita semua menyatu padukan rakyat insyaAllah.
00:56Yang pastinya timeline kita jelas kita perlu kerjasama daripada semua tim khususnya di bawah Kementerian Belia dan Sukan tapi saya yakin dengan kombinasi pasukan-pasukan yang mantap ini kita mampu untuk menuju ke arah itu insyaAllah.
01:11Dr. Muhammad Taufik berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Amanat yang berhormat Menteri Belia dan Sukan bersama atlet dan jurulatih anjuran Majlis Sukan Negara MSN di Kuala Lumpur.
01:22Untuk rekod ketika kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi 2017 kontingen negara melakar sejarah muncul juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.
01:37Dalam pada itu Dr. Muhammad Taufik turut mengumumkan insentif tambahan di bawah skim hadiah kemenangan Sukan Syakam dengan bayaran minimum RM1,000 setiap seorang kepada pemenang pingat gangsa di Sukansi tidak kira acara individu atau berpasukan.
Be the first to comment