Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Antara bidang yang diberi penekanan ialah penggunaan mekanisasi dan automasi, teknologi digital, pembangunan pertanian pintar, penambahbaikan varieti benih serta aplikasi teknologi Internet Benda (IoT).
Transcript
00:00Baik, niaga Awani Jamini dimulakan dengan laporan berikut.
00:03Malaysia dan Amerika Syarikat berpotensi memperluaskan kerjasama strategik dalam teknologi pertanian dan pembangunan agro-makanat.
00:11Ia susulan pertemuan antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu,
00:17dan Timbalan Setiusaha Rendah Perdagangan dan Hal Ehwal Pertanian Luar Negeri, Jabatan Pertanian Amerika,
00:22Ustaz Luke J. Lindberg bersama delegasinya pada Rabu.
00:26Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM berkata,
00:30perbincangan antara kedua-dua pihak menumpukan kepada potensi perluasan perdagangan pertanian dua hala,
00:36selain memperkukuh kerjasama teknikal dan pelaburan bagi meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
00:43Antara bidang yang diberi penekanan ialah penggunaan mekanisasi dan automasi,
00:49teknologi digital, pembangunan pertanian pintar, penambahbaikan varaiti benih,
00:55serta aplikasi teknologi internet pelbagai benda IoT.
00:59Selain itu, KPKM menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan USDA dalam usaha memodernkan pengeluaran jagung bijirin
01:07bagi makanan ternakkan serta memperkukuh kapasiti pengeluaran sektor agro-makanan negara
01:12melalui penerapan teknologi moden.
01:14Kementerian diturut memaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan membincangkan lawatan kerja pegawai KPKM ke Amerika
01:21melibatkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Veterina Amerika Syarikat dan USDA
01:26yang dijadwalkan berlangsung dari 17 hingga 24 Januari.
01:31KPKM menambah perdagangan pertanian antara Malaysia dan Amerika bernilai RM14.68 bilion
01:37bagi tempoh Januari hingga Seember 2025
01:40mencerminkan peranan Amerika sebagai salah satu rakan strategik penting Malaysia
01:44dalam rantaian bekalan makanan global.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended