Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Fahmi menekankan keperluan penggunaan AI secara bertanggungjawab, sambil memberi amaran penyalahgunaannya membawa risiko yang semakin meningkat.
Transcript
00:00Penubuhan Center for Responsible Technology, SET, adalah berlandaskan keperluan melaksanakan siri kajian berkaitan penggunaan teknologi,
00:08termasuk teknologi baharu dan kesannya terhadap masyarakat tanpa menyekat inovasi.
00:13Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadil berkata, pusat kajian itu akan ditempatkan bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, ISIS Malaysia,
00:23dengan bantuan serta kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC.
00:27Mengusahakan siri kajian berkaitan dengan penggunaan teknologi, sama ada teknologi baru ataupun yang belum muncul,
00:38ataupun yang akan muncul, kesan kepada masyarakat dan keperluan kawal selia yang lebih rapi tanpa menyekat inovasi.
00:50Jadi ini yang saya percaya akan dapat kita usahakan setelah siri kajian dilaksana.
00:56InsyaAllah kita akan bawa hasil dan dapatan daripada kajian SERT ini ke Jemaah Menteri.
01:05Dan saya percaya proses itu akan sangat terangkum kerana saya telah meminta supaya pelbagai lapisan masyarakat,
01:17pihak-pihak yang berkepentingan termasuk badan-badan kaji selidik bukan hanya dalam negara tapi juga dirantau Asia Tenggara setidak-tidaknya
01:26dihubungi dan dilibatkan supaya kita mempunyai satu pandangan yang lebih menyeluruh
01:32berkaitan perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan dan kesan kepada masyarakat dan negara.
01:40Beliau ditemui selepas melancarkan Center for Responsible Technology SERT di Ibu Negara pada Khamis.
01:48Terdahulu, dalam ucap tamannya, Fahmi menekankan keperluan penggunaan kecerdasan buatan AI secara bertanggungjawab.
01:55Dalam masa sama, beliau memberi amaran penyalahgunaannya membawa risiko yang semakin meningkat terhadap kelestarian media dan demokrasi.
02:06Beliau berkata, meskipun AI dan teknologi baharu lain menawarkan kecekapan serta inovasi,
02:13ia juga menimpulkan cabaran ketara terutama kepada industri media yang disifatkan beliau sebagai tonggak demokrasi.
02:19Fahmi juga berkata, impak ekonomi teknologi lebih baharu termasuk media sosial adalah sangat melemahkan bagi organisasi media tradisional
02:30dengan wartawan kehilangan pekerjaan dan syarikat-syarikat yang pernah dominan, kini berdepan tekanan kewangan serius.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended